Aishah's FotoPage

By: uMMi aQiL

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  29  [30]  >  >>]    [Archive]
Saturday, 24-Nov-2007 03:40 Email | Share | | Bookmark
Pizza

Baru keluar dari Breadmaker
1 biji dos besar
bahagi kepada 3 biji dos kecil
View all 12 photos...
Pizza Anchovy & Sotong ngan Pizza Margherita... !

KULIT PIZZA (kiteorg buat guna Bread maker)

Bahannya
2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
400g tepung roti
1 1/2 sudu kecil garam
250ml air suam
2 sudu besar skim milk
2 sudu besar minyak masak

Caranya
1. Masuk semua bahan dalam bread maker mengikut turutan.
2. Set utk buat pizza selama 50 minit.
3. Setelah siap, keluarkan dan bahagi kepada 3 bahagian dan dibiar seketika.
4. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah.
5. Canai dos sehingga diameter lebih kurang 25cm.
6. Cucuk dos dengan garfu.
7. Sapu sos pizza n letak toppingnye ikut suke antara yg pernah kiteorg buat:
-sotong n anchovy,
-keju susu kerbau,
-tuna & telur rebus n mayonis,
-seafood(yg nih sos pizzanye campur sedikit sos tomyam,rasenye cam pizzahut nyer thai seafood)
-ayam lada hitam,
-ayam satey,
**ape lagi ya....dah lupe...
8. Last sekali tabur cheese parut cam dalam gambar.
9. Bakar pada suhu 180 darjah,selama 17-20 minit.
10.Siap utk dimakan


Saturday, 10-Nov-2007 11:46 Email | Share | | Bookmark
Takoyaki

bahan-bahannya
taruk tako
tabur bahan-bahan lain
View all 6 photos...
First time buat Takoyaki sendiri. kebetulan ada kedai letrik baru buka,so dapat beli dapur dia dgn harga murah(800yen=RM24). Takoyaki yang dijual kat kedai guna bahan2 yang tak halal.jadi, kenalah buat sendiri.
Rasa? Bolehlah. Masih ada ruang untuk diperbaiki lagi.

TAKOYAKI
Sumber: Belakang Plastik Tepung Takoyaki - Jepun maliiii...
Bahannya
250g Tepung Takoyaki
750ml Air
2 biji Telur
Octopus punye janggut/kaki potong 1/2 inchi n rebus n toskan boleh juga ganti Udang
Daun bawang
Bertih Beras
Sedikit minyak (untuk di sapukan pd pencetak Takoyaki)
Serbuk Ikan Bilis
Nouri (rumpai laut cam yg balut sushi) serbuk
Halia jeruk
Ikan Tongkol parut yg kering punye
Mayonis
Sos Takoyaki

Caranya
1. Bancuh tepung dan air hingga rata kesemuanya (nak mudah blend je)
2. Masukkan sebiji telur dan kacau lagi.
3. Tapiskan adunan cecair tersebut supaya tidak ada ketul-ketulan tepung.
4. Siap adunan, sediakan pula bahan-bahan isi Takoyaki. (Sotong @ Udang, Daun Bwg, Nouri, Bertih beras dan sewaktunya)
5. Setelah itu panaskan dapur Takoyaki dan di sapukan sedikit minyak.
6. Apabila kuali panas, masukkan adunan tepung ke setiap acuannya dan masukkan sotong dan bahan isi Takoyaki.
7. Setelah bhgn tepi tepung kelihatan agak masak,guna lidi @ hashi (chopstik) terbalikkan,
8. Biar seketika lagi
9. Angkathidang bersama mayonis,sos Takoyaki dan ikan tongkol parut. Siap utk dimakan.

**utk ganti tepung Takoyaki
250g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil garam.
pati air rebusan ikan tongkol (kat mesia susah nak cari coz dia dlm serbuk) @ pati bilis (kiub bilis)


Quote:
CoretanKu
zanaz >> betui tu tak gune tepung dia cam malas nak buat...jadi tu jadik tapi takde ummmp ahh...aishah kat jepun 2 thn gurai lagi,insyaAllah.akak duk mane sekarang nih?


[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  29  [30]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net