Aishah's FotoPage

By: uMMi aQiL

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Nov-2007 13:38 Email | Share | Bookmark
Agar Tauhu Laici

baru keluar peti ais
jom mkn...
AGAR TAUHU LAICI

Bahan utk tauhu
1/2 tahir agar kering
1/2 pek agar serbuk (1 pek 70gm)
1 tin susu manis (388gm)
1 tin susu cair (405gm)
6 gelas air
4 gelas santan (1 tin santan pekat dibancuh menjadi 4 gelas)

Caranya
1. Masak agar kering bersama 6 gelas air sehingga hancur.
2. Setelah hancur masukkan susu manis dan susu cair.
3. Bancuh agar serbuk bersama santan supaya tidak berketul.
4. Masukkan 3. ke dalam 2. selepas itu masak seketika.
5. Angkat dan sejukkan.

Bahan utk kuah
1 tin laici
1 1/2 cawan gula
4 gelas air

Caranya
1. Asingkan sirap n buah laici.
2. Masak gula bersama air.
3. Setelah gula larut, masukkan sirap laici
4. Buah laici dipotong dadu.
5. Sejukkan.

Cara Hidang
1. Setelah tauhu dan kuahnya sejuk, potong tauhu.
2. Setelah itu masukkan kuahnya,biar 1-2 jam di dalam peti ais supaya rasa laicinya meresap.
3. Siap utk dihidang.



Quote:
CoretanKu

lynnhassan >> hasilnye banyak sekitar 4 bekas,biase aishah buat mase nak buat open house kat sini,kalu tak de idea lain...
cikwan >> thanks singgah kat fp kite yg tak seberape (dlm proses kumpul resepi).silalah mencuba,berbesar hati kirenye ilmu yg tak seberapa boleh dikongsi.
MamaFami >> cube dulu baru tau camne rasenye.memang sesuai benor kalu makan musim panas.sejukkkkkkkk je.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net