Aishah's FotoPage

By: uMMi aQiL

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 10-Nov-2007 11:46 Email | Share | Bookmark
Takoyaki

bahan-bahannya
taruk tako
tabur bahan-bahan lain
balikkan
dah siap diterbalikkan n tunggu masak
siap!jom makan
First time buat Takoyaki sendiri. kebetulan ada kedai letrik baru buka,so dapat beli dapur dia dgn harga murah(800yen=RM24). Takoyaki yang dijual kat kedai guna bahan2 yang tak halal.jadi, kenalah buat sendiri.
Rasa? Bolehlah. Masih ada ruang untuk diperbaiki lagi.

TAKOYAKI
Sumber: Belakang Plastik Tepung Takoyaki - Jepun maliiii...
Bahannya
250g Tepung Takoyaki
750ml Air
2 biji Telur
Octopus punye janggut/kaki potong 1/2 inchi n rebus n toskan boleh juga ganti Udang
Daun bawang
Bertih Beras
Sedikit minyak (untuk di sapukan pd pencetak Takoyaki)
Serbuk Ikan Bilis
Nouri (rumpai laut cam yg balut sushi) serbuk
Halia jeruk
Ikan Tongkol parut yg kering punye
Mayonis
Sos Takoyaki

Caranya
1. Bancuh tepung dan air hingga rata kesemuanya (nak mudah blend je)
2. Masukkan sebiji telur dan kacau lagi.
3. Tapiskan adunan cecair tersebut supaya tidak ada ketul-ketulan tepung.
4. Siap adunan, sediakan pula bahan-bahan isi Takoyaki. (Sotong @ Udang, Daun Bwg, Nouri, Bertih beras dan sewaktunya)
5. Setelah itu panaskan dapur Takoyaki dan di sapukan sedikit minyak.
6. Apabila kuali panas, masukkan adunan tepung ke setiap acuannya dan masukkan sotong dan bahan isi Takoyaki.
7. Setelah bhgn tepi tepung kelihatan agak masak,guna lidi @ hashi (chopstik) terbalikkan,
8. Biar seketika lagi
9. Angkathidang bersama mayonis,sos Takoyaki dan ikan tongkol parut. Siap utk dimakan.

**utk ganti tepung Takoyaki
250g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil garam.
pati air rebusan ikan tongkol (kat mesia susah nak cari coz dia dlm serbuk) @ pati bilis (kiub bilis)


Quote:
CoretanKu
zanaz >> betui tu tak gune tepung dia cam malas nak buat...jadi tu jadik tapi takde ummmp ahh...aishah kat jepun 2 thn gurai lagi,insyaAllah.akak duk mane sekarang nih?


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net