Aishah's FotoPage

By: uMMi aQiL

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Dec-2007 08:48 Email | Share | Bookmark
Udang Goreng Asam

udang goreng asam
Nih resepinya dari mat gebu...aishah buat sebahagian je...simple n mudah,anakku si aqil suke sekali...thanks pakcik mat kongsi idea resepi yg mudah nih...sejuk2 nih mati akal nak bikin masakkan.

UDANG GORENG ASAM
Sumber: Mat Gebu
Bahan-Bahannya:-
500 g udang sederhana besar
2 camca besar asam jawa
1/2 camca teh garam
2 camca besar gula
1 camca teh serbuk lada sulah
2 camca teh kicap pekat
2 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
8 camca besar air

Cara membuatnya:-
1. Bersihkan udang, tapi jgn buat kulit, cuma gunting hujung kepala dan buang kotorannya. Tabur garam dan perap 10 minit, kemudian cuci dan toskan.
2. Asam jawa dicampur dengan 8 camca besar air, ramas hingga sebati dan tapis jusnya. Campur dengan semua bahan lain. Kacau rata. Gaul dengan udang yang ditoskan tadi dan perap 1 jam hingga 1 1/2 jam dalam peti sejuk.
3. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali. Biarkan minyak betul2 panas dan masukkan udang seta bahan2 perap tadi (berhati2 ketika memasukkan udang ke dalam kuali!!). Kacau goreng untuk 1 minit dan kecilkan api, biar udang masak hingga bahan perap menjadi pekat dan bersalut pada udang.
4. Kemudian angkat dan toskan lebihan minyaknya. Alih ke dalam bekas sesuai dan boleh dihidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man...


Quote:
CoretanKu
<<jeff>> >> kalu camtu bro leh try nih....simple sgt.jimat mase,ngan ikan pon sodap...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net