Aishah's FotoPage

By: uMMi aQiL

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 4-Jun-2008 12:08 Email | Share | Bookmark
Sambal Terung + Brokoli Goreng + Ayam Goreng

Sambal Terung
Brokoli Goreng
Ayam Goreng
Lauk2 nih dah perap 2-3 hari dah...malas nak layan kerenah FP yg buat perangai...so ari nih mai angin rajin nak nerai sekali lagi... Masa buat sambal terung tu rase pedas sgt ler pulak so kite buat ler brokoli tu utk si Aqil... Masakannya nih simple je...


SAMBAL TERUNG
Sumber : -
Bahannya
1 biji terung ] potong ikut suke
1 ulas bwg putih ] diketuk
2 biji bwg merah ] dimayam
1/2 cwn ikan bilis ] dibersihkan
2 sudu lada giling
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
minyak n garam secukupnya

Caranya
1. Tumis bwg putih dan bwg merah hingga naik bau. Masukkan lada giling...masak hingga agak garing.
2. Masukkan sos tiram dan kicap.
3. Masuk ikan bilis dan goreng seketika. Masukkan sedikit air dan terung.
4. Masak hingga terung agak layu. Rasa garamnya,siap.


Brokoli Goreng
Sumber : -
Bahannya
1 biji brokoli ] dipotong kecil2 direbus seketika dengans edikit garam
5 btg chekua(bebola ikan) ] potong ikut suke
3 biji bwg putih ] diketuk
1 ulas bwg merah ] dimayam
2 biji cili padi ] dibelah
garam n minyak secukupnya

Caranya
1. Tumis bwg merah n bwg putih n cili
2. Masukkan secawan air diikuti chekua. Masak seketika, sehingga mengelegak.
3. Masuk brokoli n rasa garamnya. Siap.


AYAM GORENG
Sumber : -
Bahannya
2 keping ayam bhgn peha
garam
kunyit
serbuk bwg putih
tepung jagung
minyak secukupnya

Caranya
1. Bersihkan ayam dan cucuk2 dengan garfu
2. Campur semua bhn lain. Ratakan pada ayam tadi
3. Goreng sehingga kekuningan dengan menggunakan minyak yg banyak. Toskan n siap


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net